Pinjaman Peribadi Islamik Swasta Berlesen

Pinjaman Peribadi Islamik

Pinjaman peribadi Islamik menawarkan beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi konvensional, termasuk kadar keuntungan tetap yang lebih rendah, tiada caj proses atau caj penamatan awal, serta rebat bagi pembayaran awal. Ia berdasarkan prinsip kewangan Islam yang mempromosikan keadilan dan ketelusan dalam urus niaga kewangan dan menyediakan mekanisme perkongsian risiko antara pemberi pinjaman dan peminjam. Pembiayaan peribadi Islamik terbuka untuk semua dan berdasarkan prinsip etika dan moral yang memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan. Memilih pinjaman peribadi Islamik dapat memberi impak positif pada kewangan seseorang dan menyumbang kepada sistem kewangan yang lebih mampan dan bertanggungjawab secara sosial.

Apakah Itu Pinjaman Peribadi Islamik

Pinjaman Peribadi Islamik patuhi Syariah ialah pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan seperti bank yang mengamalkan Sistem Perbankan Islam (SPI), serta koperasi berdaftar, kredit komuniti atau pemberi pinjaman berlesen yang menawarkan produk pembiayaan Islamik. Pinjaman Patuh Syariah mematuhi prinsip atau konsep kewangan Islam yang mengelakkan unsur-unsur haram seperti riba, gharar, zuml, ikhtikar dan maisir. Oleh kerana institusi kewangan Islam tidak mengenakan riba, mereka memperoleh keuntungan melalui transaksi jual beli aset, di mana wang digunakan sebagai aset dalam pembiayaan pinjaman Islam. Pinjaman ini juga memperoleh keuntungan melalui urusan jual-beli aset, berbeza dengan pinjaman peribadi konvensional. Walaupun secara sekilas pandang kedua-dua jenis pinjaman ini mungkin tidak berbeza, namun terdapat banyak perbezaan apabila kita melihat dengan lebih mendalam.  

 
 

Contoh Pinjaman Peribadi Islamik:

JUMLAH PEMBIAYAANRM5000 hingga RM150000
TEMPOH PEMBIAYAAN12 hingga 120 Bulan
KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN5.99% p.a
SEKTOR PEKERJAANKakitangan Kerajaan 
KELAYAKAN GAJIGaji Kasar RM1500 sebulan atau RM18000 setahun
HAD UMUR21 hingga 58 Tahun
JUMLAH PEMBIAYAANRM5000 hingga RM50000
TEMPOH PEMBIAYAAN6 hingga 60 Bulan
KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN18% p.a hingga 22% p.a
SEKTOR PEKERJAANKakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC
KELAYAKAN GAJIGaji Kasar RM1000 sebulan atau RM12000 setahun
HAD UMUR18 hingga 60 Tahun

Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi Islamik

Institusi kewangan menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi, dengan ciri dan syarat kelayakan yang berbeza-beza untuk setiap produk dan pelan. Oleh itu, penting untuk memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan dan kelayakan anda. Semua pinjaman dan pembiayaan peribadi yang tersenarai datang dari institusi kewangan seperti bank, koperasi berdaftar, dan kredit komuniti, yang sebelum ini dikenali sebagai pemberi pinjaman wang berlesen. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat dan mengisi maklumat dengan betul, agar kami dapat mencadangkan pelan pinjaman peribadi terbaik untuk anda.