Pinjaman Peribadi Swasta CTOS/CCRIS
Pinjaman Peribadi CTOS/CCRIS
Seperti yang diketahui ramai, memohon pinjaman atau pembiayaan menjadi sukar jika individu tersebut tersenarai hitam atau mempunyai rekod buruk dalam laporan CTOS atau CCRIS, terutama jika individu tersebut ingin memohon pinjaman peribadi CTOS/CCRIS. Terdapat juga salah tanggapan mengenai CTOS, di mana ramai menganggap syarikat ini boleh menyenarai hitamkan individu. Namun, tanggapan ini adalah salah kerana CTOS Data System Sdn. Bhd. hanyalah sebuah syarikat yang mengumpul maklumat kredit individu di Malaysia dan tidak mempunyai hak untuk menyenarai hitamkan seseorang individu. Laporan kredit individu yang dikeluarkan oleh CTOS hanya untuk rujukan individu itu sendiri dan juga institusi kewangan yang menilai permohonan pinjaman atau kad kredit.
Apakah Itu Pinjaman Peribadi CTOS/CCRIS
Pinjaman peribadi CTOS/CCRIS merujuk kepada pinjaman yang diberikan kepada mereka yang tersenarai dalam laporan hitam CTOS. CCRIS atau Central Credit Reference Information System pula adalah sistem yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengumpul maklumat kredit individu yang mempunyai pinjaman atau pembiayaan dengan bank perdagangan, komersial, dan Islamik. Seperti laporan CTOS, laporan CCRIS juga akan memaparkan semua maklumat pinjaman oleh individu terbabit dan ada pinjaman tersebut mempunyai tunggakan atau tidak. Oleh itu, pinjaman peribadi CCRIS adalah pinjaman untuk individu yang mempunyai tunggakan dalam laporan CCRIS. Bezanya ialah laporan CCRIS hanya memaparkan maklumat kredit dengan bank, manakala laporan CTOS pula akan memaparkan maklumat daripada institusi kewangan lain seperti koperasi dan kredit komuniti (pinjaman berlesen) serta maklumat langganan daripada syarikat telekomunikasi dan penyedia kredit mudah. Walaupun anda boleh memohon, permohonan anda tidak pasti akan diluluskan. Pihak institusi kewangan masih menetapkan syarat dan terma seperti pinjaman lain. Lulus atau tidak bergantung kepada banyak faktor yang dinilai oleh institusi kewangan.
Contoh Pinjaman Peribadi CTOS/CCRIS:
JUMLAH PEMBIAYAAN | RM1000 hingga RM20000 |
TEMPOH PEMBIAYAAN | 12 hingga 48 Bulan |
KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN | 18% p.a |
SEKTOR PEKERJAAN | Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC |
KELAYAKAN GAJI | Gaji Kasar RM1500 sebulan atau RM18000 setahun |
HAD UMUR | 20 hingga 60 Tahun |
JUMLAH PEMBIAYAAN | RM3000 hingga RM200000 |
TEMPOH PEMBIAYAAN | 36 hingga 120 Bulan |
KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN | 4.99% p.a |
SEKTOR PEKERJAAN | Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC |
KELAYAKAN GAJI | Gaji Kasar RM1500 sebulan atau RM18000 setahun |
HAD UMUR | 19 hingga 55 Tahun |
Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi CTOS/CCRIS
Institusi kewangan menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi, dengan ciri dan syarat kelayakan yang berbeza-beza untuk setiap produk dan pelan. Oleh itu, penting untuk memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan dan kelayakan anda. Semua pinjaman dan pembiayaan peribadi yang tersenarai datang dari institusi kewangan seperti bank, koperasi berdaftar, dan kredit komuniti, yang sebelum ini dikenali sebagai pemberi pinjaman wang berlesen. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat dan mengisi maklumat dengan betul, agar kami dapat mencadangkan pelan pinjaman peribadi terbaik untuk anda.