Pinjaman Peribadi Swasta Untuk Peribadi Pendapatan Rendah
Pinjaman Peribadi Pendapatan Rendah
Kebanyakan pelan peribadi pendapatan rendah memerlukan kelayakan gaji minimum RM1,500 sebulan, tetapi ada yang hanya memerlukan RM800 dan ke atas. Pinjaman peribadi bergaji rendah ini sangat sesuai jika pendapatan anda dalam lingkungan tersebut. Bagaimanapun, banyak permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat kelayakan gaji yang ditetapkan. Sebagai contoh, permohonan dengan gaji RM1,500 tetapi syarat kelayakan gaji RM2,000 tidak akan diproses oleh institusi kewangan.
Apakah Itu Pinjaman Peribadi Pendapatan Rendah
Pinjaman Peribadi Pendapatan Rendah ialah jenis pinjaman peribadi di Malaysia yang direka khas untuk individu yang berpendapatan rendah. Pinjaman ini ditawarkan oleh pelbagai institusi kewangan termasuk bank, koperasi dan pemberi pinjaman wang berlesen, untuk memberikan akses kepada pembiayaan bagi mereka yang mungkin tidak memenuhi syarat kelayakan pendapatan minimum untuk pinjaman peribadi tradisional. Jumlah pinjaman dan terma bayaran balik mungkin berbeza-beza bergantung kepada pemberi pinjaman dan pendapatan serta rekod kredit pemohon. Walau bagaimanapun, pinjaman ini biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman peribadi lain untuk menjadikannya lebih berpatutan bagi golongan berpendapatan rendah.
Contoh Pinjaman Peribadi Pendapatan Rendah:
JUMLAH PEMBIAYAAN | RM500 hingga RM50000 |
TEMPOH PEMBIAYAAN | 6 hingga 60 Bulan |
KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN | 18% p.a hingga 22% p.a |
SEKTOR PEKERJAAN | Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri |
KELAYAKAN GAJI | Gaji Kasar RM1000 sebulan atau RM12000 setahun |
HAD UMUR | 18 hingga 60 Tahun |
JUMLAH PEMBIAYAAN | RM1000 hingga RM20000 |
TEMPOH PEMBIAYAAN | 12 hingga 48 Bulan |
KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN | 18% p.a |
SEKTOR PEKERJAAN | Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC |
KELAYAKAN GAJI | Gaji Kasar RM1500 sebulan atau RM18000 setahun |
HAD UMUR | 20 hingga 60 Tahun |
Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi Pendapatan Rendah
Institusi kewangan menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi, dengan ciri dan syarat kelayakan yang berbeza-beza untuk setiap produk dan pelan. Oleh itu, penting untuk memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan dan kelayakan anda. Semua pinjaman dan pembiayaan peribadi yang tersenarai datang dari institusi kewangan seperti bank, koperasi berdaftar, dan kredit komuniti, yang sebelum ini dikenali sebagai pemberi pinjaman wang berlesen. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat dan mengisi maklumat dengan betul, agar kami dapat mencadangkan pelan pinjaman peribadi terbaik untuk anda.