Pinjaman Peribadi Tak Bercagar Swasta Berlesen

Pinjaman Peribadi Tak Bercagar

Pelan pinjaman peribadi tak bercagar adalah salah satu jenis pinjaman yang biasa dipohon. Jenis pinjaman ini sangat popular kerana syarat permohonan yang mudah dan proses permohonan yang mudah. Boleh dikatakan hampir semua pelan pinjaman dan pembiayaan peribadi yang ditawarkan di Malaysia adalah jenis pinjaman peribadi tak bercagar.

Apakah Itu Pinjaman Peribadi Tak Bercagar

Pinjaman peribadi tak bercagar adalah jenis pinjaman di mana pemohon tidak perlu memberikan aset sebagai jaminan untuk memohon. Selain itu, mereka juga tidak memerlukan penjamin untuk memperkuat permohonan. Kedua faktor ini menjadikan kategori pinjaman ini sangat sesuai untuk dipohon jika anda memerlukan wang dengan cepat. Contoh pinjaman peribadi tak bercagar yang paling mudah adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi. Kelebihan pinjaman peribadi tak bercagar termasuk syarat permohonan yang mudah dipenuhi, dokumen yang ringkas, dan keputusan yang cepat. Walau bagaimanapun, kebanyakan pinjaman ini menawarkan jumlah dan tempoh pembiayaan yang lebih rendah berbanding pinjaman peribadi bercagar.

 

Contoh Pinjaman Peribadi Tak Bercagar:

JUMLAH PEMBIAYAANRM500 hingga RM50000
TEMPOH PEMBIAYAAN6 hingga 60 Bulan
KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN
18% p.a hingga 22% p.a
SEKTOR PEKERJAANKakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri 
KELAYAKAN GAJI
Gaji Kasar RM1000 sebulan atau RM12000 setahun
HAD UMUR
18 hingga 60 Tahun
JUMLAH PEMBIAYAANRM1000 hingga RM20000
TEMPOH PEMBIAYAAN12 hingga 48 Bulan
KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN18% p.a
SEKTOR PEKERJAANKakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC
KELAYAKAN GAJIGaji Kasar RM1500 sebulan atau RM18000 setahun
HAD UMUR20 hingga 60 Tahun

Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi Tak Bercagar

Institusi kewangan menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi, dengan ciri dan syarat kelayakan yang berbeza-beza untuk setiap produk dan pelan. Oleh itu, penting untuk memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan dan kelayakan anda. Semua pinjaman dan pembiayaan peribadi yang tersenarai datang dari institusi kewangan seperti bank, koperasi berdaftar, dan kredit komuniti, yang sebelum ini dikenali sebagai pemberi pinjaman wang berlesen. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat dan mengisi maklumat dengan betul, agar kami dapat mencadangkan pelan pinjaman peribadi terbaik untuk anda.